Thursday, March 21, 2013 | By: Mohamad Hafiz

Isteri-Isteri Nabi Muhammad SAW


Isteri-Isteri Nabi Muhammad SAW 

 Isteri pertama: Siti Khadijah binti Khuwailid. Manusia pertama masuk Islam. Rasulullah tidak berpoligami semasa hayat Siti Khadijah. Berusia 40 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling terhormat di kalangan kaumnya dari segi keturunan, kekayaan dan kepintaran. Meninggal tahun ketiga sebelum hijrah.

Isteri kedua: Saudah binti Zam'ah. Wanita pertama dinikahi selepas kewafatan Siti Khadijah. Berusia 65 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Rasulullah meminangnya untuk menjaga anak-anak Rasulullah dengan Khadijah.

Isteri ketiga: Aisyah binti Abu Bakar. Satu-satunya isteri yang dikahwini semasa anak dara. Rasulullah mengahwininya bagi merapatkan lagi hubungan dengan Sayidina Abu Bakar. Berusia sembilan tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling alim dalam pengetahuan agamanya.

Isteri keempat: Hafsah binti Umar. Untuk merapatkan hubungan baik dengan bapanya, Sayidina Umar, dan memuliakan suaminya yang syahid dalam perang Uhud. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Pandai menulis dan berbahasa.

Isteri kelima: Zainab binti Khuzaimah. Rasulullah menikahinya demi memuliakan suaminya yang syahid dalam Perang Uhud. Berusia 29 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau digelar ummu al-Masakin (ibu orang-orang miskin) kerana sikap penyayang dan kelembutannya terhadap mereka.

Isteri keenam: Ummu Salamah Hindun binti Abu Umayyah. Berusia 34 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memecah tembok permusuhan dengan kabilah Bani Makhzun terhadap Islam dan memadamkan kebencian mereka. Wanita pertama hijrah ke Habsyah. Paras cantik dan akal pintar.

Isteri ketujuh: Zainab binti Jahsy. Seorang yang sangat kuat beribadah, paling banyak bersedekah dan memuliakan orang miskin. Berusia 35 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Perkahwinan dengan Rasulullah adalah perintah langsung daripada Allah.

Isteri kelapan: Juwairiyah binti Al-Harith. Tawanan perang bani Mustalaq yang dibebaskan oleh Rasulullah dan kemudian dinikahi Baginda. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Banyak berpuasa dan beribadat.

Isteri kesembilan: Safiyyah binti Huyai. Pembebasan daripada tawanan perang. Berusia 17 tahun dan sudah menjanda ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau bersifat lemah lembut dan bersikap benar.

Isteri ke-10: Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufiyan. Berusia 31 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memperbaiki hubungan dengan Abu Sufiyan. Berhijrah ke Habsyah bersama suaminya dan suaminya meninggal di sana. Nabi meminang beliau menerusi raja Najasyi.

Isteri ke-11: Maimunah binti Al-Harith. Berusia 25 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi menyebarkan syiar Islam. Paling bertakwa dan bersungguh-sungguh menyambung silaturahim.

Isteri ke-12: Mariah binti Syam'un. Hadiah daripada Raja Muqawqis.Satu-satunya isteri yang mempunyai zuriat selepas Siti Khadijah.

ANAK-ANAK NABI
1. Zainab (hayat - 31 tahun)
2. Al-Qasim (hayat - kurang setahun)
3. Ruqaiyyah (hayat - 24 tahun)
4. Ummu Kalthum (hayat - 28 tahun)
5. Fatimah (hayat - 29 tahun)
6. Abdullah (hayat - kurang setahun)
7. Ibrahim (meninggal semasa kecil)
(Kesemua, kecuali yang ketujuh, adalah hasil perkongsian dengan Siti Khadijah. Ibrahim adalah hasil perkongsian dengan Mariah binti Syam'un)

ANTARA CUCU NABI
1. Al-Hassan bin Ali (hayat - 46 tahun)
2. Al-Husain bin Ali (hayat - 55 tahun)

Nota: Maklumat dipetik daripada buku 'Muhammad Rasulullah' oleh Mohd Khalil Haji Nordin dan Wan Hassan Wan Ahmad, dan 'mengenal Rasulullah saw' oleh Ustaz Johari Yaman








Tuesday, March 19, 2013 | By: Mohamad Hafiz

TINGGINYA SIFAT KASIH SAYANG RASULULLAH SAW


Kisah hidup Rasulullah SAW yang menunjukkan betapa tingginya sifat kasih sayang baginda.

1. Pernah seorang Arab Badwi menarik dengan begitu kasar jubah buatan Najran yang kasar kainnya, yang dipakai oleh Rasulullah SAW hingga berbekas leher baginda. Tetapi Rasulullah SAW tidak marah, malah menghadiahkan jubah itu kepada Arab Badwi tersebut.

2. Seorang wanita tua selalu menyakiti Rasulullah SAW dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas. Pada satu ketika apabila wanita itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya. Wanita tua itu terharu dengan kebaikan Rasulullah, lantas memeluk Islam di tangan baginda.

3. Rasulullah SAW pernah dilihat oleh para Sahabatnya mencium anak kecil, lantas seorang Sahabat menegurnya, “Engkau mencium anak kecil, ya Rasulullah?” Kerana pada sangkaannya Rasulullah tidak pernah mencium anak kecil. Baginda mengiyakan lantas bersabda, “Barang siapa tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi.”

4. Rasulullah SAW sangat mengasihi Sahabat-sahabatnya. Jika seorang Sahabat sudah dua tiga hari tidak kelihatan, baginda akan bertanya, “Ke mana perginya si polan si polan itu…”

5. Jika ada orang yang meminta tolong pada Rasulullah SAW, tidak pernah baginda tidak menunaikannya. Baginda sangat prihatin dan amat mengambil berat kesusahan orang lain. Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang menunaikan satu hajat saudaranya, akan ALLAH tunai 70 hajatnya.”

6. Pernah satu ketika seorang Arab Badwi kencing di satu sudut dalam Masjid Nabi. Ada di antara para Sahabat marah kerana sikap tidak beradab itu. Tetapi Rasulullah SAW tetap tenang dan berkata, “Biarkan dia menyelesaikan hajatnya…” Setelah lelaki tersebut selesai, Rasulullah SAW sendiri membasuh najis itu dan kemudiannya barulah memberitahu Arab Badwi tersebut adab-adab di dalam masjid.

7. Ketika Rasulullah SAW berdakwah dengan anak angkatnya Zaid bin Harisah di Thaif, baginda telah dibaling dengan batu oleh kanak-kanak dan pemuda-pemuda nakal yang disuruh berbuat begitu oleh penduduk kota tersebut. Akibatnya, lutut Rasululah SAW telah berdarah. Melihat penganiayaan itu, malaikat sangat marah sehingga menawarkan untuk menghempap penduduk Thaif dengan bukit-bukit sekitar bandar itu. Tetapi Rasulullah SAW menolaknya dan berkata, “Jangan, mereka tidak tahu saya ini rasul-Nya.” Malaikat menjawab: “Tuan benar.” Selepas itu baginda terus berdoa untuk penduduk Thaif: “Ya ALLAH berilah petunjuk bagi kaumku, mereka tidak mengetahui.”

8. Pernah seorang Sahabat duduk secara menghimpit paha atas paha dengan Rasulullah SAW. Baginda membiarkannya sahaja untuk menjaga hati Sahabat tersebut supaya tidak menganggap yang Rasulullah SAW tidak sudi duduk bersamanya.

9. Sewaktu hijrah ke Madinah, Rasulullah SAW telah dikejar dengan kuda oleh seorang bernama Suraqah yang bercita-cita merebut hadiah yang ditawarkan oleh kafir Quraisy Makkah jika berjaya membunuh Rasulullah SAW. Setiap kali kuda Suraqah mendekati Rasulullah SAW, setiap kali itulah kudanya tersungkur jatuh. Rasulullah SAW tidak bertindak apa-apa. Rasulullah memaafkannya. Akhirnya Suraqah menyerah dan berjanji tidak akan cuba membunuh Rasulullah SAW lagi.

10. Satu ketika seorang musuh bernama Da`thur mendapati Rasulullah SAW sedang berehat di satu batu. Dia terus melompat dan meletakkan pedangnya di leher Rasulullah SAW dan berkata, “Siapa yang akan menyelamatkan nyawa kamu dan tanganku?”

Rasulullah SAW spontan menjawab, “ALLAH!”

Mendengar jawapan Rasulullah itu, Da`thur menggeletar hingga pedangnya jatuh daripada tangan.

Rasulullah SAW mengambil pedang itu dan bertanya, “Kali ini siapa yang akan menyelamatkan kamu dari tanganku?”

Da`thur tergamam dan menjawab, “Tiada siapa.”

Akhirnya Rasulullah SAW memaafkan Da`thur. Melihat kasih sayang yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW itu, Da`thur pun mengucap dua kalimah syahadah (masuk Islam).

11. Rasulullah SAW sangat penyayang dengan anak-anaknya dan bertimbang rasa dengan isteri-isterinya. Pada kesilapan isteri-isterinya, baginda selalu memberi maaf. Baginda juga membantu kerja-kerja rumah dan menampung jubah dan kasutnya sendiri.

12. Rasulullah SAW selalu berjalan dengan fakir miskin dan sering menziarahi janda-janda, bertanya akan keperluan hidup mereka. Bahkan dengan orang-orang miskin dan melarat, baginda selalu duduk bersama mereka, berbual, makan minum dan bermesra dengan mereka.

13. Pernah di satu pagi Hari Raya, Rasulullah SAW bertemu seorang kanak-kanak yang menangis di tepi jalan. Baginda terharu dan bertanya, “Mengapa engkau menangis?” Kanak-kanak tersebut menjawab, “Ayah saya telah mati syahid sementara ibu saya sudah berkahwin lain. Nasib saya terbiar dan saya tidak ada baju baru dan lain-lain persediaan untuk berhari raya.” Rasulullah SAW mengalirkan air mata mengenangkan nasib kanak-kanak tersebut. Baginda berkata: “Sukakah kamu kalau aku menjadi ayahmu dan Aisyah (isteri Rasulullah) menjadi ibumu?” Sungguh tidak terkira gembiranya rasa hati kanak-kanak itu, bila mendengar Rasulullah SAW yang mulia menjadi ayahnya. Baginda pun membawa pulang kanak-kanak tersebut ke rumahnya. Kanak-kanak itu dimandikan, dipakaikan dengan baju raya dan dijamu makan. Betapa gembiranya hati kanak-kanak itu, begitulah gembiranya hati Rasulullah SAW kerana dapat menggembirakannya.

14. Pada ketika yang lain, dalam perjalanan menuju ke pasar, Rasulullah SAW melihat seorang budak (hamba sahaya) sedang menangis di tepi jalan. Bila baginda tanyakan mengapa menangis, budak itu menjawab bahawa dia menangis kerana duit yang diberi oleh tuannya telah hilang. Rasulullah SAW terus mengganti duit yang hilang itu dengan duit baginda sendiri. Tetapi apabila baginda balik dari pasar, dilihatnya budak yang sama masih menangis. “Kenapa kamu masih menangis?” tanya Rasulullah SAW. “Kali ini saya menangis kerana takut dimarahi dan dipukul oleh tuan saya kerana saya sudah terlambat pulang dari pasar,” jawab budak itu.

Untuk mengelakkan budak itu daripada dimarahi, Rasulullah SAW sendiri menemaninya pulang. Rupanya rumah itu dihuni oleh sekumpulan wanita. Rasulullah SAW terus memberi salam. Setelah tiga kali memberi salam, barulah salam Rasulullah SAW itu dijawab. Rasulullah SAW bertanya, “Apakah kamu tidak dengar salam saya sebelumnya?” Wanita-wanita itu menjawab, “Kami dengar, tetapi sengaja kami tidak jawab supaya kami mendapat doa daripada Rasulullah SAW banyak kali…”

Rasulullah SAW terus menerangkan mengapa budak itu lambat. Baginda meminta supaya budak itu tidak dirotan, tetapi sekiranya mereka tidak puas hati, Rasulullah menawarkan dirinya sebagai ganti untuk dirotan. Lantas Rasulullah SAW menyingsing lengan bajunya. Mendengar kata Rasulullah SAW itu, kumpulan wanita itu lantas berkata, ” Tidak, ya Rasulullah. Mulai sekarang, kami merdekakanlah budak ini.” Itulah kesan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

16. Rasulullah SAW berjiran dengan seorang Yahudi. Baginda sangat menjaga hak-hak jiran. Baginda tidak pernah melakukan sesuatu yang menyakiti hati jirannya malah baginda selalu menghadiahkan makanan dan lain-lain hadiah kepada jiran Yahudinya itu.

17. Rasulullah SAW juga sangat mengambil berat tentang hak-hak kafir zimmi. Baginda bersabda: “Siapa yang menzalimi kafir zimmi walaupun orang Islam sayalah pembelanya (penebusnya).”

18. Rasulullah SAW juga sangat mengasihi binatang. Baginda melarang kanak-kanak menyeksa binatang. Untuk menyembelih binatang, Rasulullah SAW berpesan supaya menggunakan pisau yang tajam, agar binatang tersebut cepat mati dan tidak lama dalam kesakitan. Rasulullah SAW sering mengingatkan supaya unta-unta dan himar tidak dibebani oleh muatan yang berlebihan daripada apa yang sanggup ditanggung. Pernah seekor kucing tidur atas serban Rasulullah SAW. Maka baginda menggunting bahagian tempat kucing itu tidur di atasnya kerana tidak mahu mengejutkan kucing tersebut. Ketika dalam perjalanan dan Madinah ke Makkah di tahun kemenangan, Rasulullah melihat seekor anjing di tepi jalan. Anjing itu mengeluarkan suara seakan-akan membujuk anaknya yang sedang mengerumuninya untuk menyusu. Maka Rasulullah meminta seorang Sahabat untuk menjaga jangan sampai ada dan kalangan anggota rombongan baginda yang mengganggu anjing itu dan anak-anaknya. Ketika Rasulullah melihat seekor himar yang telah diberi tanda dengan besi panas di mukanya, baginda menentangnya dan melarang haiwan diberi tanda dan dipukul di mukanya.

19. Ketika Rasulullah meninggalkan kabilah Saqif, ada seorang lelaki yang memohon kepada beliau, “Wahai Rasulullah, berdoalah untuk kebinasaan mereka.” Rasulullah berkata, “Ya ALLAH, berilah petunjuk kepada kabilah Saqif dan bawalah mereka (ke jalan yang benar).”

20. Satu ketika Abu Zar keluar bersama hamba sahayanya yang berpakaian seperti apa yang beliau pakai, lalu ada orang bertanya, “Mengapa kamu berbuat demikian?” Abu Zar menjawab, beliau mendengar Rasulullah berkata: “Hamba sahaya itu adalah saudaramu, mereka di jadikan oleh ALLAH di bawah kekuasaanmu. Maka barangsiapa saudaranya di bawah kekuasaannya (di bawah jagaannya), hendaklah dia memberi makan dengan apa yang dia makan dan memberi pakaian dengan pakaian yang ia pakai, dan janganlah hamba itu disuruh melakukan pekerjaan di luar batas kemampuannya. Apabila mereka diperintahkan bekerja maka bantulah mereka.”

INILAH sebahagian daripada cerita-cerita sebagai bukti betapa pengasih dan pemaafnya Rasulullah SAW, model agung kecintaan yang paling unggul dan patut dicontohi oleh manusia sepanjang zaman. Cerita-cerita itu menunjukkan betapa kasih dan sayangnya Rasulullah SAW sama ada kepada manusia atau bintang, yang sepatutnya dicontohi oleh umat Islam.
Monday, March 18, 2013 | By: Mohamad Hafiz

Terjemahan Hadis dari Shahih Bukhari

Terjemahan Hadis dari Shahih Bukhari Bab: Mula-mula Wahyu Turun

1.      1. Dari Umar bin Khathab r.a.1) katanya dia mendengar Rasulullah saw.2) bersabda: “ Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan basi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya. Dan barang siapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehnya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah.”

2.       2. Dari ‘Aisyah, Ummul Mu’minin r.a.3) Katanya Harits bin Hisyam r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah saw.: “bagaimanakah caranya wahyu turun kepada Anda?”

Jawab Rasulullah saw. “Kadang-kadang wahyu itu datang kepadaku (kedengaran) seperti loceng. Itulah yang sangat berat bagiku. Setelah bunyi itu berhenti, lantas aku mengerti apa yang dikatakannya.”

                “Kadang-kadang malaikat menjelma seperti seorang laki-laki datang kepadaku. Dia berbicara kepadaku dan aku mengerti apa yang dikatakannya.”

Kata ‘Aisyah r.a. “ Aku pernah melihat Nabi, ketika wahyu turun kepada beliau pada suatu hari yang amat dingin. Setelah wahyu itu berhenti turun, kelihatan dahi Nabi bersimbah peluh.4)

Keterangan.

1)                  r.a ialah singkatan dari: Radhiyallaahu ‘Anhu (semoga Allah meridhainya).

2)                  Saw. Ialah singkatan dari: Shallallaahu ‘Alaihi Wasallam (semoga Allah melimpahkan berkat dan kesejahteraan kepada beliau)

3)                  Ummul Mu’minin, artinya: Ibu orang-orang yang beriman.

4)                  Dihari yang amat dingin itu Nabi saw. Sampai berkeringat, kerana sangat berat dirasakan oleh beliau saat-saat turunnya wahyu.

3.       3. Dari Aisyah, Ummul Mu’minin r.a. katanya: “ Wahyu yang mula-mula turun kepada Rasulullah saw. Ialah berupa mimpi-baik waktu beliau tidur. Biasanya mimpi itu terlihat jelas oleh beliau, seperti jelasnya cuaca pagi. Semenjak itu hati beliau tertarik hendak mengasingkan diri ke Gua Hira.1) Di situ beliau beribadat beberapa malam, tidak pulang ke rumah isterinya. Untuk itu beliau membawa bekalan secukupnya. Setelah perbekalan habis, beliau kembali kepada Khadijah, 2) untuk mengambil lagi perbekalan secukupnya. Kemudian beliau kembali pula ke Gua Hira, hingga suatu ketika datang kepadanya Al-Haq (kebenaran atau wahyu), yaitu sewaktu beliau masih berada di Gua Hira itu.”

Malaikat datang kepadanya, lalu katanya, “Bacalah!”

Jawab Nabi, “ Aku tidak pandai membaca.”

Kata Nabi selanjutnya menceritakan, “Aku ditarik dan dipeluknya sehingga aku kepayahan. Kemudian aku dilepaskannya dan disuruhnya pula membaca.

“Bacalah !” katanya.

Jawabku, “ Aku tidak pandai membaca.”

Aku ditarik dan dipeluknya pula sampai kepayahan. Kemudian aku dilepaskannya dan disuruhnya pula membaca. “Bacalah.!” Katanya.

Kujawab, “Aku tidak pandai membaca.”

Aku ditarik dan dipeluknya untuk ketiga kalinya, kemudian dilepaskannya seraya berkata:

“Iqra’ bismi rabbikalladzi khalaq. Khalaqal insaana min’allaq. Iqra’ ! Wa rabbukal akram. 3)

(bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan. Yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Demi Tuhanmu Yang Maha Mulia.)

Setelah itu Nabi pulang ke rumah Khadijah binti Khuwailid, lalu berkata, “Selimuti aku! Selimuti aku!”

Lantas diselimuti oleh Khadijah, hingga hilang rasa takutnya.

Kata Nabi saw. Kepada Khadijah (setelah dikhabarkannya semua kejadian yang baru dialaminya itu), “Sesungguhnya aku cemas atas diriku (akan binasa).”

Kata Khadijah, “Jangan takut! Demi Allah! Tuhan sekali-kali tidak akan membinasakan Anda. Anda selalu menghubungkan tali persaudaraan, membantu orang yang sengsara, mengusahakan (mengadakan) barang keperluan yang belum ada, memuliakan tamu, menolong orang yang kesusahan kerana menegakkan kebenaran.”

 

Setelah itu Khadijah pergi bersama Nabi menemui Waraqah bin Naufal bin Asad bin Abdul Uzza, yaitu anak paman Khadijah, yang telah memeluk agama Nasrani (Kristian) pada masa jahiliyah itu. Ia pandai menulis buku dalam bahasa Ibrani. 4) Maka disalinnya Kitab Injil dari bahasa Ibrani seberapa dikehendaki Allah dapat disalinnya. 5) Usianya telah lanjut, dan matanya telah buta.

Kata Khadijah kepada Waraqah, “ Hai anak pamanku! Dengarkanlah khabar dari Anak Saudara Anda Muhammad) ini.”

Kata Waraqah kepada Nabi. “Wahai Anak Saudaraku ! Apakah yang telah terjadi atas diri Anda?”

Lalu Rasulullah saw, menceritakan kepadanya semua peritiwa yang telah dialaminya.

Berkata Warakah, “Inilah namus (Malaikat) yang pernah diutus Allah kepada Nabi Musa. Wahai, semoga saya masih hidup ketika itu, yaitu ketika Anda diusir oleh kaum Anda.”

Maka bertanya Nabi saw. “Apakah mereka akan mengusirku?”

Jawab Waraqah, “ Ya, betul! Belum pernah seorang juapun yang diberi wahyu seperti Anda, yang tidak dimusuhi orang. Apabila saya masih mendapati hari itu, nescaya saya akan menolong Anda sekuat-kuatnya.”

Tidak berapa lama kemudian, Waraqah meninggal dunia dan wahyu pun terputus untuk sementara waktu.

Kata Ibnu Syihab, Abu Salamah bin Abdurrahman mengabarkan kepadanya, bahawa Jabir bin Abdullah al Anshari menceritakan tentang terputusnya wahyu, katanya Nabi saw berkata dalam hadisnya: “Pada suatu waktu, ketika aku sedang berjalan-jalan, tiba-tiba kedengaran olehku suatu suara dari langit. Maka kuangkat pandanganku kearah datangnya suara itu. Kelihatan kepadaku malaikat yang pernah datang kepadaku di Gua Hira dahulu. Dia duduk di kursi antara langit dan bumi. Aku terperanjat kerananya dan terus pulang. Aku berkata kepada Khadijah, “selimutkan Aku!” Lalu Allah swt. Menurunkan ayat:

“Hai, orang yang berselimut! Bangunlah! Maka berilah peringatan! Dan besarkanlah Tuhanmu! Dan bersihkanlah pakaianmu! Dan jauhilah berhala!” (Al Muddatstsir, 74:1-5)

Maka semenjak itu wahyu selalu turun berturut-turut.

Keterangan:

1)                  Gua hira, sebuah gua dekat jalan ke Arafah nkira-kira 4 km dari Mekkah

2)                  Khadijah binti Khuwailid, isteri Nabi yang pertama. Meninggal dunia 2 tahun sebelum Hijrah dalam   usia 63 tahun.

3)                  Surat Al’Alaq, 6:1-3

4)                  Ibrani (Hebrw) ,bahasa orang Yahudi.

5)                  Maksudnya, tidak diketahui dengan pasti berapa banyak yang telah disalinnya.

4.       4. Dari Ibnu Abbas r.a. katanya: “ Rasulullah saw. Adalah seorang yang amat permurah, dan lebih permurah lagi selama bulan Ramadhan, yaitu ketika Jibril datang menemuinya. Biasanya  Jibril datang kepada Nabi saw. Tiap-tiap malam Ramadhan dan beliau-beliau keduanya membaca Qur’an berganti-ganti. Sesungguhny Rasulullah saw. Lebih pemurah berbuat kebaikan daripada murahnya angin berhembusan.”

5.       5. Ibnu Abbas r.a. mengatakan bahawa Abu Sufyan bin Harb bercerita kepadanya, bahawa Heraclius 1) berkirim surat kepada Abu Sufyan menyuruh ia datang ke Syam bersama kafilah saudagar Quraisy.2) Waktu itu Rasulullah sedang dalam perjanjian damai dengan Abu Sufyan dan dengan orang-orang kafir Quraisy.3)

Mereka datang mengadap Heraclius di Ilia.4) terus masuk kedalam majlisnya, dihadapi oleh pembesar-pembesar Rumawi. Kemudian Heraclius memanggil orang-orang Quraisy itu beserta Jurubahasanya.

Heraclius berkata, “Siapa diantara anda yang paling dekat hubungan kekeluargaannya dengan laki-laki yang mengaku dirinya sebagai nabi itu?”

Jawab abu Sufyan. “Saya! Saya keluarganya yang terdekat dengannya.”

Berkata Heraclius (kepada jurubahasanya), “Suruh dekat-dekatlah dia kepadaku. Dan suruh pula para sahabatnya duduk di belakangnya.”

Kemudian berkata Heraclius kepada Jurubahasanya. “Katakan kepada mereka saya akan bertanya kepada orang ini (Abu sufyan). Jika dia berdusta, suruhlah mereka mengatakan bahawa dia berdusta.”

Kata Abu Sufyan, “Demi Allah! Jika tidaklah aku takut akan mendapat malu, kerana aku dikatakan dusta, niscaya maulah aku berdusta”

Pertanyaannya yang pertama. “Bagaimanakah turunannya dikalanganmu?”

Aku menjawab. “Dia turunan bangsawan di kalangan kami.”

Heraclius. “Pernahkah orang lain mengumandangkan apa yang telah dikumandangkannya.?”

Jawabku. “Tidak pernah”

Heraclius. “Adakah diantara nenek moyangnya yang menjadi raja?”

Jawabku. “Tidak”

Heraclius. “Apakah pengikutnya terdiri dari orang-orang mulia atau orang-orang biasa?”

Jawabku. “Hanya terdiri dari orang-orang biasa.”

Heraclius. “Apakah pengikutnya semakin bertambah atau semakin berkurang?”

Jawabku. “Bahkan selalu bertambah”

Heraclius. “Adakah diantara mereka yang murtad, 5) kerana mereka benci kepada agama yang dipeluknya itu?”

Jawabku. “Tidak”

Heraclius. “Pernahkah dia melangar janji?”

Jawabku. “Tidak! Dan sekarang, kami sedang dalam perjanjian damai dengan dia. Kami tidak tahu apa yang akan diperbuatnya dengan perjanjian itu.”

Keterangan:

1)                  Heraclius , Raja Rumawi Timur yang memerintah tahun 610-630 M.

2)                  Quraisy, nama suku bangsawan tinggi di Mekkah.

3)                  Perjanjian damai, yaitu perjanjian Hudaibiyah yang dibuat tahun 6 H.

4)                  Ilia, yakni Baitul Maqdis (Jerusalem)

5)                  Murtad, artinya kembali menjadi kafir sesudah beriman.

Kata Abu sufyan menambahkan, “Tidak dapat aku menambah kalimat lain agak sedikitpun selain kalimat itu.” 1)

Heraclius. “Pernahkah kamu berperang dengannya?”

Jawabku. “Pernah”

Heraclius. “Bagaimana perperanganmu itu?”

Jawabku. “Kami kalah dan menang silih berganti. Dikalahkannya kami dan kami kalahkan pula dia.”

Heraclius. “Apakah yang diperintahkannya kepada kamu sekelian?”

Jawabku. “Dia menyuruh kami menyembah Allah semata-mata, dan jangan mempersekutukan-Nya. Tinggalkan apa yang diajarkan oleh nenek moyangmu! Disuruhnya kami menegakkan solat, berlaku jujur, sopan (teguh hati) dan mempereratkan persaudaraan.”

Kata Heraclius kepada Jurubahasanya, “Katakan kepadanya (Abu Sufyan), saya tanyakan kepadamu tentang turunannya (Muhammad) ,kamu jawab dia bangsawan tinggi. Bergitulah rasul-rasul terdahulu, diutus dari kalangan bangsawan tinggi kaumnya.”

                Saya tanyakan. “Apakah salah seorang di antara kamu yang pernah mengumandangkan ucapan sebagai yang diucapkannya sekarang.”

                Jawabmu. “Tidak”

                Kalau ada seseorang yang pernah mengumandangkan ucapan yang diucapkannya sekarang, nescaya aku katakan, “Dia meniru-niru ucapan yang diucapkan orang dahulu itu.”

                Saya tanyakan. “Adakah di antara nenek moyangnya yang jadi raja.”

Jawabmu. “Tidak ada”

Kalau ada diantara nenek moyangnya yang menjadi raja, nescaya kukatakan. “Dia hendak menuntut kembali kerajaan nenek moyangnya.”

Saya tanyakan. “Apakah kamu menaruh curiga kepadanya bahawa ia dusta, sebelum ia mengucapkan apa yang diucapkannya sekarang.?”

Jawabmu. “Tidak!”

Saya yakin dia tidak akan berdusta terhadap manusia apalagi terhadap Allah.

Saya tanyakan. “Apakah pengikutnya terdiri dari orang-orang mulia ataukah dari orang-orang biasa.”

Jawabmu. “Orang-orang biasa”

Memang mereka jualah yang menjadi pengikut Rasul-rasul.

Saya tanyakan. “Apakah pengikutnya makin bertambah banyak atau semakin kurang?”

Jawabmu. “Mereka bertambah banyak.”

Bigitulah halnya sehingga sempurna.

Saya tanyakan. “Adakah di antara mereka yang murtad kerana benci kepada agama yang dipeluknya,setelah mereka masuk kedalamnya.?”

Jawabmu. “Tidak”

Bergitulah iman, apabila ia telah mendarah-daging sampai ke jantung hati.

Saya tanyakan. “Apakah ia melanggar janji?”

Kamu jawab. “Tidak!”

Bergitu jugalah segala Rasul-rasul yang terdahulu, mereka tidak suka melanggar janji.

Saya tanyakan. “Apakah yang disuruhkannya kepada kamu sekelian?”

Kamu jawab. “Ia menyuruh menyembah Allah semata-mata, dan melarang mempersekutukan-Nya. Dilarangnya pula menyembah berhala, disuruhnya menegakkan solat, berlaku jujur dan sopan (teguh hati).”

“Jika yang kamu terangkan itu betul semuanya, nescaya dia akan memerintah sampai ke tempat aku berpijak di kedua telapak kakiku ini. Sesungguhnya aku telah tahu ia akan lahir. Tetapi aku tidak mengira dia akan lahir dari kalangan kamu sekalian. Sekiranya aku yakin akan dapat bertemu dengannya, walaupun dengan susah payah aku akan berusaha datang menemuinya. Kalau aku telah berada di dekatnya. Akan kucuci kedua telapak kakinya.”

Kemudia Heraclius meminta surat Rasulullah saw. yang dihantarkan oleh  Dihyah  kepada pembesar negeri Bushra, yang kemudian diteruskannya kepada Heraclius. Lalu dibacanya surat itu,  yang isinya sebagai berikut:

“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dari Muhammad, Hamba Allah dan Rasul-Nya. Kepada Heraclius, Kaisar Rumawi. Kesejahteraan kiranya untuk orang yang mengikut pertunjuk. Kemudian, sesungguhnya saya mengajak anda memenuhi panggilan Islam. Islamlah! Pasti Anda Selamat. Dan Allah memberi pahala kepada Anda dua kali lipat. Tetapi jika Anda enggan, nescaya Anda akan memikul dosa seluruh rakyat.

Hai, Ahli Kitab! Marilah kita bersatu dalam satu kalimah (prinsip) yang sama antara kita, yaitu supaya kita tidak menyembah kecuali hanya kepada Allah, dan jangan mempersekutukan-Nya dengan suatu apa pun. Dan janganlah sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain menjadi tuhan selain daripada Allah. Apabila Anda enggan menuruti ajakan ini, akuilah bahawa kami ini Muslim!”

Kata Abu sufyan. “Selesai mengucapkan perkataannya dan membaca surat itu, ruangan menjadi heboh dan hiruk-pikuk; kami pun disuruh orang keluar. Sampai di luar, aku berkata kepada kawan-kawan. “sesungguhnya menjadi masalah besar urusah Anak abu Kabsyah. 2) Sehingga raja bagsa kulit kuning itu pun takut kepadanya. Aku yakin , Muhammad pasti menang. Sehingga oleh kerananya Allah memasukkan Islam ke dalam hatiku.”

Keterangan:

1)      Jawapan Abu sufyan tidak dicukupkannya saja dengan kata “tidak”, tetapi ditambahkannya bahawa ia tidak tahu apakah Nabi Muhammad masih setia kepada janjinya atau tidak. Seakan-akan terbayang baginya kalau-kalau Nabi Muhammad melanggar janji setelah meninggalkan Mekkah.

2)      Anak Abu Kabsyah, yakni nama ejekan yang dipanggilkan orang kafir Mekkah kepada Nabi Muhammad. Kerana waktu kecil nabi dipelihara oleh Halimah, yang suaminya bernama Abu Kabsyah.

Ibnu Nathur, pembesar negeri Ilia, sahabat Heraclius dan Uskup. 1) Nasrani di Syam, dia menceritakan, “Ketika Heraclius datang ke Ilia, ternyata pikirannya sedang kacau. Oleh sebab itu banyak diantara pendita yang berkata: “kami sangat heran melihat sikap anda.”

Selanjutnya kata Ibnu Nathur, “Heraclius adalah seorang ahli nujum yang selalu memperhatikan perjalanan bintang-bintang. Dia pernah menjawab pertanyaan para pendita yang bertanya kepadanya: Pada suatu malam ketika saya melihat Raja Khithan telah lahir. 2) Siapakah di antara umat ini yang telah dikhitan?”

Jawab para pendita itu. “Yang berkhitan hanyalah orang Yahudi. Janganlah Anda risau kerana orang Yahudi itu. Perintahkan saja ke seluruh negeri dalam kerajaan Anda, supaya orang-orang Yahudi di negeri itu dibunuh.”

Ketika itu dihadapkan kepada heraclius seorang utusan Raja Bani Ghassan untuk menceritakan perihal Rasulullah saw. setelah orang itu selesai bercerita, lalu Heraclius memerintahkan agar dia periksa, apakah dia berkhitan atau tidak. Setelah diperiksa, ternyata memang dia berkhitan. Lalu diberitahukan orang kepada Heraclius.

Heralius bertanya kepada orang itu tentang orang-orang Arab lainnya. “Dikhitankah mereka atau tidak?”

Jawabnya, “Orang-orang Arab itu dikhitan semuanya.”

Heraclius berkata. “Inilah raja umat. Sesungguhnya dia telah lahir.”

Kemudian Heraclius berkirim surat kepada sahabatnya di Roma. 3) yang ilmunya setaraf dengan Heraclius (menceritakan tentang kelahiran Nabi Muhammad saw. ) Dan sementara itu ia meneruskan perjalanannya ke negeri Hims. 4) Tetapi sebelum dia sampai di Hims, balasan surat dari sahabatnya itu telah tiba lebih dahulu. Sahabanya itu menyetujui pendapat Heraclius bahawa Muhammad telah lahir dan beliau memang seorang Nabi.

Heraclius mengundang para pembesar Roma supaya datang ke tempatnya di Hims. Setelah semuanya hadir dalam majlisnya, Heraclius memerintahkan supaya mengunci setiap pintu. Kemudian dia berkata, “Wahai bangsa Rum! Maukah Anda semua beroleh kemenangan dan kemajuan yang gilang gemilang, sedangkan kerajaan tetap utuh di tangan kita? Kalau mau, akuilah Muhammad itu sebagai Nabi!”

Mendengar ucapan itu mereka lari bagaikan keledai liar, padahal semua pintu telah dikunci. Melihat keadaan sedemikian, Heraclius jadi putus harapan yang mereka akan iman (percaya kepada Nabi Muhammad saw) Lalu diperintahkannya supaya mereka kembali ke tempat masing-masing seraya berkata, “Sesungguhnya saya mengucapkan perkataan saya tadi, hanyalah sekadar menguji keteguhan hati Anda semua. Kini saya telah melihat keteguhan itu.” Lalu mereka sujud di hadapan Heraclius dan mereka senang kepadanya. Demikianlah akhir kisah Heraclius.

Keterangan:

1)      Uskup, kepala Pendita.

2)      Khithan, khitan, sunat, memotong ujung kulit (kulup) pada ujung kemaluan laki-laki.

3)      Roma, sebuah kota tertua di Italy, yang sekarang menjadi ibukota Negeri itu. Dahulunya adalah ibukota kerajaan Rum Barat. Menurut riwayat, konon kota itu didirikan oleh Romulus pada tahun 753 sebelum Masehi.

4)      Sebuah kota si Syam.

Jom visit web inihttp://www.islam2u.net )

Pesanan Rasulullah s.a.w untuk kaum lelaki

Pesanan Rasulullah s.a.w untuk kaum lelaki :

“Jangan engkau kahwini wanita yang ada 6 sifat ini. Yang Ananah, yang Mananah, yang Hananah, yang Hadaqah, yang Basaqah dan yang Syadaqah”.

1. Wanita Ananah:
- Wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2. Wanita Mananah:
- Wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3. Wanita Hananah:
- Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4. Wanita Hadaqah: 
- Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. Selain itu wanita ini suka ikut nafsunya.

Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia tengok apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu berseri menjadi sugul dan tertekan. Berdosa besar baginya.


5. Wanita Basaqah (ada 2 makna):
Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

- Kedua dia marah ketika makan, selalunya dia tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya. Inilah wanita-wanita Basaqah (minta dijauhkan… aminnn)

6. Wanita Syadaqah:
- Banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazali.



Jom lawat Blog ini ( http://juwitaafifah.blogspot.com )
Sunday, March 17, 2013 | By: Mohamad Hafiz

Cara Solat Nabi Muhammad SAW




Berdiri untuk solat
Berdiri dengan lurus, kedua belah kaki sama tegak, mengarah kiblat dengan menundukkan pandangan memandang ke tempat sujud dan mengarahkan hujung-hujung jari kaki ke kiblat dengan merenggangkan antara dua kaki(jangan sangat dirapatkan dan jangan sangat dijauhkan.
Takbiratul ihram
Takbiratul ihram ialah mengangkat tangan dan meletakkan tangan dalam solat.
Apabila hendak bertakbiratul ihram, angkatlah kedua belah tangan ke daun telinga sejajar dengan bahu dengan mengarahkan anak-anak kedua tanagn ke kiblat serta mengembangkannya. Sesudah itu ucapkanlah takbiratul ihram: Allaahu Akbar”Allah adalah terbesar dari segala yang besar”.
Setelah selesai ucapan takbir, turunkan tangan dengan perlahan-lahan dan letakkan di atas dada dengan menggenggamkan pergelangan tangan kiri dengan kelingking, jari manis, jari tengah dan ibu jari tangan kanan, serta mengulurkan telunjuk tangan kanan atas tangan kiri itu.
Cara mengangkat tangan ini ada tiga:
1. Mengangkatnya beserta permulaan takbir.
2. Mengangkatnya dengan tidak bertakbir. Sesudah kedua-dua tangan tetap, barulah bertakbir. Sesudah selesai bertakbir barulah tangan diturunkan.
3. Mengangkat tangan beserta permulaan takbir dan selesai mengangkat tangan beserta selesai takbir. Sesudah selesai takbir, barulah tangan diturunkan.
Dari Ibnu Umar r.a. katanya:
“adalah Rasulullah apabila telah berdiri untuk bersolat, beliau mengangkat kedua tangannya, kemudian baru bertakbir.” [Shahih Muslim]
Rasulullah apabila berdiri untuk solat, beliau mengucapkan Allahu Akbar, beliau tidak mengucapkan apa-apa sebelumnya dan tidak pula melafalkan niat. Beliau tidak mengucapkan: usalli-lillahi-kadza-mustaqbilal qiblati-arba’a raka’atin-imama/makmuma-ada’an-qadhaan-fardhal waqti. Kata-kata ini bidaah. Tidak ada seorangpun menukilkan dari Rasulullah s.a.w. baik dengan sanad sahih, daif, musnad atau mursal. Demikian juga tidak dinukilkan dari seorang sahabat. Hal itu juga tidak dipandang baik oleh seseorang Tabi’in dan tidak pula oleh imam empat. Hanya sebahagian ulama mutaakhirin salah memahamkan pendapat As-Syafie yang mengatakan bahawa:
Solat tidak sama dengan puasa. Tiap-tiap orang yang masuk ke dalam solat dengan ucapan zikir.”
Mereka menyangka bahwa yang dimaksudkan dengan zikir ialah melafalkan niat oleh mereka yang hendak bersolat itu. Sebenarnya As-Syafie bermaksud dengan zikir ialah ucapan takbiratul ihram. Beliau juga tidak menyukai susuatu yang tidak pernah dilaksanakan Rasulullah s.a.w. walupun dalam satu solat saja tidak pula dilakukan oleh seorang Khilafa ataupun oleh salah seorang sahabat.
Yang lebih buruk lagi ialah mengulang-ulangi lafal niat hingga terkadang memakan masa satu rakaat solat dan mengganggu orang di sekelilingnya.
Iftitah dalam solat
Raulullah s.a.w.setelah takbiratul ihram, berdiam agak lama tidak terus membaca Al-Fatihah. Di dalam diam itu baginda membaca iftitah.
Tasbih iftitah
Sub-haanakallahumma wa bihamdika wa tabaa rakasmuka wa ta’aala jadduka wa laa ilaaha ghairuka.
“Maha suci Engkau wahai Tuhanku, serta aku memuji-Mu. Sungguh Maha Berbahagia nama Engkau, Maha Tinggi Kebesaran Engkau dan mengaku benar-benar bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau.”
[HR Muslim]
Doa iftitah
Allaahumma baa’id baini wa baina kha-thaayaa ya kamaa baa-atta bainal masy-riqi wal maghribi. Allaahumma naqqinii min kha-thaayaa ya kamm yunaqqats tsaubul abya-dhu minaddanasi. Allaahummaghsil nii min kah-thaayaa ya bil wats tsalji wal baradi.
“Wahai Tuhan-ku! Jauhkanlahantaraku dan antara kesalahan-kesalahanku, sebagaimana Engkau telah jauhkan antara Masyriq (tempat terbit matahari) dan dari kesalahan-kesalahanku, sebagaimana orang membersihkan kain putih dari pencemaran.Wahai Tuhan-ku! Basuhkanlah kesalahan-kesalahanku dengan air, dengan salji dan dengan air batu dengan sebersih-bersihnya.”
[HR Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.]
Allaahumma rabba jib-riila wa miikaa-iila wa is-raafiila faa-thiras samaawaati wal ar-dhi ‘aalimal ghaibi wasy syahaa dati anta tahkumu baina ‘baadika fiima kaanuu fiihi yakhtalifuuna ihdinii limakh tulifa fiihi minal haqqi bi-idznika fa innaka tahdii man ta-syaa-u ilaa shiraatim mustaqiim.
“Wahai Tuhan-ku! Tuhan dari Jibril, Mikail, dan Israfil, Tuhan yang menjadikan langit dan bumi, Tuhan yang Maha Mengetahui alam yang tiada didapati pancaindera dan alam yang nyata, Engkau yang memberi putusan antara hamba-hamba Engkau, dalam segala rupa hal yang mereka perselisihkan, dengan izin-Mu, kerana sesungguhnya Engkau-lah sendiri yang menunjukkan sesiapa yang Engkau kehendaki kepada jalan yang lurus.”
[HR Muslim, Abu Daud, At-Tirmidzi, An-Nasa’i dan Ibnu Majah dari Abdur Rahman ibn Auf ra.]
Doa tawajjuh
Wajjahtu waj-hiya lillazii fa-tharas samaawaati wal ar-dha haniifam muslimaw wamaa ana minal musy-rikiin. Inna shalaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi rabbil ‘aalamiin. Laa syariika lahuu wa bi-dzaalika umirtu wa ana minal mus-limiin. Allahumma antal maliku laa ilaaha illa anta anta rabbii wa ana ‘abduka zhalamtu nafsii wa’taraftu bi-dzambii faghfir lii dzunuubii jamii’aa. Fa innahuu laa yahdii li ahsanihaa illaa anta wash-rif ‘annii sayyi-ahaa laa yash-rifu ‘annii sayyi-ahaa illa anta, labaika wa sa’daika wal khairu kulluhu fii yadaika, wasy syarru laisa ilaika, ana bika wa ilaika tabaarakta wa ta’aalaita, astaghfiruka wa atuubu ilaika.
“Saya hadapkan diriku kepada Tuhan yang telah menjadikan langit dan bumi, hal keadaanku seorang yang condong benar kepada kebenaran lagi seorang yang menyerahkan diri, tunduk dan patuh, dan sekali-kali aku bukan orang yang mempersekutukan sesuatu dengan Allah .Bahwasanya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah , Tuhan yang memelihara alam, tidak ada sekutu bagi-Nya, demikianlah aku diperintahkan Allah, dan adalah aku salah seorang dari orang-orang, yang mula-mula menyerahkan diri, jiwa dan raga untuk Allah (untuk berjihad di jalan-Nya). Wahai Tuhan-ku! Engkaulah Raja yang memerintah! berkuasa! Tidak ada tuahn selain Engkau, Engkau Tuhan-ku dan aku hamba-Mu. Aku telah menzalimkan diriku, aku mengakui dosaku, maka ampunilah segala dosa-dosaku, sesungguhnya tidak ada yang dapat (sanggup) mengampuni dosa-dosaku selain Engkau. Dan tunjukanlah daku kepada sebaik-baik perangai, tidak ada yang dapat (sanggup) menunjukankan daku kepada sebaik-baik perangai, selain Engkau sendiri.Palingkanlah (jauhkanlah) daripadaku pekerti-pekerti yang buruk, tidak ada yang dapat (sanggup) memalingkan daku dari pekerti-pekerti yang buruk itu, selain Engkau sendiri.Aku penuhi seruan Engkau, aku tunduk patuh di bawah perintah Engkau segala rupa kebajikan di tangan Engkau, segala rupa kejahatan tidak ada pada Engkau, Aku dengan Engkau dan kepada Engkau.(saya memperoleh taufiq dengan limpah kurnia Engkau dan memohon perlindungan kepada Engkau.)Maha Berbahagia Engkau dan Maha Tinggi. Aku memohonkan ampun kepada Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau.”
[HR Ahmad, Muslim, Ar-Tirmidzi, Abu Daud dari Abu Hurairah ra. dari Nabi s.a.w. (dalam satu lafal: wa ana awwalul muslimin= “dan akulah orang yang mula-mula menyerahkan diri kepada Allah“]
Takbir ifitah
1. Allahu Akbar. Kabiiraw wal hamdu lillaahi ka-tsiiraw wa subhaanallaahi buk-rataw wa a-shiilaa.
“Allah adalah yang paling besar dari segala yang besar, sedang Dia Tuhan yang senantisa besar, segala puji hanya kepunyaan Allah, pujian yang banyak, dan Maha Suci Allah (aku akui kesucian) pada tiap-tiap pagi dan petang.”
[HR Muslim dari Ibnu Umar]
2. Allahu Akbar. Allahu Akbar..Laa ilaaha illaa anta. Sub-haanallaahi wa bihamdihi Sub-haanallaahi wa bihamdihi.
“Allah adalah yang teramat besar, bagi Allah yang teramat besar, tidak ada Tuhan selain Engkau, tidak ada Tuhan selain Engkau!Saya akui kesucian Allah serta dengan memuji-Nya Saya akui kesucian Allah serta dengan memuji-Nya”
[Takbir ini disebutkan dalam Ibnul Qayyim dalam kitab Ash Shalah wa Ahkamu Tarikiha.]
3. Allahu Akbar kabiiraa. Allahu Akbar kabiiraa. Allahu Akbar kabiiraa. Alhamdu lillaahi ka-tsiraa. Alhamdu lillaahi ka-tsiraa. Alhamdu lillaahi ka-tsiraa. Sub-haanallaahi buk-rataw wa a-shiilaa. Sub-haanallaahi buk-rataw wa a-shiilaa. Sub-haanallaahi buk-rataw wa a-shiilaa.A’uu-dzu billaahis samii’il ‘aliimi minasy syai-thaanir rajiimi wa naf-khihi wa nafa-tsihi.
“Allah adalah yang terbesar dari segala yang besar, sedang Dia yang senantiasa Besar. Allah adalah yang terbesar dari segala yang besar, sedang Dia yang senantiasa Besar. Allah adalah yang terbesar dari segala yang besar, sedang Dia yang senantiasa Besar. Segala puji kepunyaan Allah, pujian yang banyak, Segala puji kepunyaan Allah, pujian yang banyak, Segala puji kepunyaan Allah, pujian yang banyak, Saya akui kesucian Allah pada tiap-tiap pagi dan petang, Saya akui kesucian Allah pada tiap-tiap pagi dan petang, Saya akui kesucian Allah pada tiap-tiap pagi dan petang. Wahai Tuhan-ku, saya berlindung kepada Engkau dari setan yang terkutuk, dan gurisan-gurisannya dan tiupan-tiupannya dan hembsan-hembusannya.”
[HR Ahmad, Abu Daud dari ibn Jubair ibn Muth’im dari Nabi s.a.w.]
4. Allaahu akbar, sub-haanallaah, al hamdulilaah, laa ilaaha illaallaah, astaghfirullaah, allaahummaghfir lii war hamnii war zuqnii, alaahumma innii a’uu-dzubika min dhiiqil maqaami yaumal qiyaamah.
“Allah adalah yang terbesar dari segala yang Besar-Aku mengakui kesucian alla. Segala puji kepunyaan Allah. Tidak ada Tuhan yang sebenarnya berhak disembah selain Allah.Wahai Tuhan, ampunilah daku, rahmatilah daku dan rezekikanlah daku. Wahai Tuhan-ku sesungguhnya akau berlindung kepada Engkau dari kesempitan tempat berdiri pada hari kiamat.”
(masing-masing dari takbir, tasbih, tahmid, tahlil, istighfar dan dua rangkaian doa ini dibaca 10 kali)
[HR Abu Daud, An-Nasa’i, Ibnu Majah dari Ashim ibn Humaid dari Aisyah ra. dari Nabi s.a.w.]
Ta’awwudz dalam solat
1. Asta’ii-dzu billaahi minasy syai-thaanir rajiim.
“Saya memohon pertolongan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk”
2. A’uu-dzu billaahi minasy syai-thaanir rajiimi min hamzihi wa nafkhihi wa nafa-tsihi.
“Saya berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk, dari goresannya, dari tiupan-tiupannya dan dari hembusan-hembusannya.”
3. A’uu-dzu billaahis samii’il ‘aliim minasy syai-thaanir rajiim.
“Saya berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang kena rejam”
4. Alaahumma innii a’uu-dzubika minasy syai-thaanir rajiimi min hamzihi wa nafkhihi wa nafa-tsihi”
“Wahai Tuhan-ku! Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari syaitan yang terkutuk, dari gurisannya, dari tiupan-tiupannya dan dari hembusan-hembusannya.”
* Adalah Rasulullah membacanya pada rakaat pertama sahaja
Membaca basmalah dalam solat
Baca dengan merendahkan suara, jangan mengeraskannya.
Bismillaahir rahmaanir rahiim.
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi”
Membaca Al-Fatihah dalam solat
Alhamdu lillaahi rabbil ‘aalamiin. Arrahmaanir rahiim. Maaliki yaumiddin. Iyyaaka na’budu wa iyyaaka nasta’iin. Ihdinash shiraa-thal mustaqiim.. Shiraa-thal la-dziina an’amta ‘alaihim ghairil magh-dhuubi ‘alaihim wa ladh dhaalliin.
“Segala puji hanya kepunyaan Allah, Tuhan yang memelihara segala alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang mempunyai hari pembalasan. Engkaulah yang kami sembah dan kepada Engkaulah kami meohon pertolongan. Ya Allah, tunjuki kami pada jalan yang lurus. Iaitu jalan segala mereka yang telah Engkau beri nikmat. Bukan jalan orang-orang yang dibenci dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.”
Berta’min dalam solat
Abu Hurairah ra. menerangkan: “bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda : “Apabila imam membaca amin, hendaklah kamu membacanya, kerana seseorang yang bersamaan aminnya dengan amin malaikat, diampunilah dosanya yang telah lalu.” [HR Al-Jamaah]
Panjangkan bacaan aamiin.
[HR Ahmad, Abu Daud, dan At-Tirmidzi]
Membaca surah dalam solat
1. Rasulullah s.a.w. terkadang-kadang membaca surah yang panjang, terkadang yang sederhana, terkadang yang pendek apabila dikehendaki oleh keadaan.
2. Rasulullah s.a.w. sentiasa membaca surah pada awalnya, tidak memulai dari pertengahan atau akhirnya.
3. Rasullulah s.a.w. pernah membaca surah Al A’raf di solat maghrib, sebahagian di rakaat pertama dan sebahagian di rakaat kedua.
4. Rasullulah s.a.w. pernah membaca Surah al-Zalzalah di kedua-dua rakaat solat Subuh.
5. Rasullulah s.a.w. pernah membaca dua-dua surat dari surah Al Mufashshal di satu-satu rakaat.
6. Rasullulah s.a.w. memanjangkan bacaan surat di solat Subuh.
7. Rasullulah s.a.w. memanjangkan bacaan di solat Subuh pada tiap-tiap hari, lebih panjang daripada segala solat fardhu yang lain pada hari itu.
8. Rasullulah s.a.w.pernah membaca dalam solat sir surah yang ada di dalamnya sujud tilawah. Baginda bersujud dan para makmum ikut bersujud.
9. Surah terpendek yang dibaca baginda dalam solat Subuh ialah surah Qaf dan surah-surah yang sepertinya. Lazimnya bacaan baginda 60 hingga 100 ayat pada tiap-tiap rakaat. Pada hari Jumaat Subuh, baginda tetap membaca surah As Sajadah pada rakaat pertama dan surah Ad Dahri/Al Insan.
10. Bacaan pada solat Zohor ialah surah Sajdah atau kira-kira 30 ayat pada tiap-tiap rakaat. Baginda pernah membaca surah Al-A’la dan Al-Lail atau Al-Buruj dan At-Tariq dan surah-surah yang sepertinya. Baginda juga pernah membaca surah Luqman dan Az-Zariyat. Pada suatu masa baginda pernah memanjangkan rakaat solat Zohor yang pertama hingga tidak terdengar suara telapak kaki pun.
11. Rasulullah membaca di solat Jumaat surah Al Jumuah dan Al Munafiqun, ada kala surah Al A’la dan Al Ghasiyah.
12. Rasulullah s.a.w. membaca di solat hari raya ialah Surah Qaaf dan Iqtarabat (Al Qamar) secara lengkap dan ada kala membaca surah Al A’la dan Al Ghasiyah.
13. Rasulullah s.a.w. membaca di solat Asar sekadar 15 ayat pada tiap-tiap rakaat. Tegasnya, sama dengan separuh Zohor jika dipendekkan dan sama dengan Zohor jika dipanjangkan.
14. Rasulullah s.a.w. pernah membaca di solat Maghrib surah Al A’raf, surah Ath Thur, surah Al Mursalat dan surah Ad Dukhan. Riwayat sahih menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w. membaca surah Al Kafirun dan Al Ikhlas dalam sunat Maghrib.
15. Rasulullah s.a.w. pernah membaca dalam solat Isya surah Wat tini dan surah Wasy syamsi wa dhuhaaha dan surah-surah sepertinya.
Sesudah membaca surah berhenti sebentar.
Rukuk dalam solat
Angkat tangan seperti takbiratul ihram lalu tunduk untuk rukuk. Letakkan kedua-dua tangan ke atas kedua lutut, dengan merenggangkan anak jari-jari serta renggangkan kedua-dua siku dari rusuk. Datarkan belakang (punggung) atau menyamakan tinggi kepala dengan dataran belakang itu, jangan ditundukkan dan jangan ditinggikan. Pandangan tidak ditujukan ke kaki, tidak ke muka, namun lurus dengan letak kepala.
Bacaan dalam rukuk
1. Sub-haana rabiyal ‘a-zhiimi.
“Maha suci Tuhan-ku yang Maha Besar”
[H.R. Muslim dan Ashhabus Sunan dari Khudzaifah dari Nabi s.a.w.]
Rasulullah s.a.w. membaca 10 kali tasbih ini dan terkadang lebih dari itu. Paling singkat jika ada keperluan sekadar 3 kali.
2. Subbuuhun qudduusur rabbul malaa-ikati war ruuh.
”Tuhan Yang Maha Suci, Tuhan Yang Maha Qudus, Tuhan Yang memelihara Malaikat dan ruh”
[H.R. Muslim dari Aisyah ra.]
3. Sub-haana dzil jabaruuti wal malakuuti wal kib-riyaa-i wal ‘a-zhamati.
” Maha Suci Tuhan yang mempunyai kekerasan, kekuasaan, kebesaran dan kemuliaan.”
[H.R. Ahmad, At-Tirmidzi, An Nasa’i dari Auf ibn Malik ra.]
4. Sub-haanakallaahumma rabbanaa wa bihamdika allaahummaghfir lii.
”Maha Suci Engkau wahai Tuhan-ku, wahai Tuhan kami dan dengan memuji Engkau, Ya Allah, ampunilah segala dosaku.”
[H.R. Ahmad dari Aisyah ra. dari Nabi s.a.w.]
5. Allaahumma laka raka’tu, wa bika aamantu, wa laka aslamtu, wa ‘alaika tawakkaltu, anta rabbii kha-sya’a qalbii wa sam’ii wa ba-sharii wa damii wa lahmii wa azhmii wa ‘a-shabii lillaahi rabbil ‘aalamiin.
” Wahai Tuhan-ku! Untuk Engkau aku rukuk, kepada Engkau aku beriman, kepada Engkau aku menyerahkan diri dan kepada Engkau aku bertawakal, Engkaulah Tuhan-ku. Telah tunduk jiwaku, pendengaranku, penglihatanku, darahku, dagingku, tulangku dan urat nadiku kepada Allah yang memelihara segala alam.”
[H.R. Ahmad, Muslim, Abu Daud dari Ali ra. dari Nabi s.a.w.]
Beriktidal dalam solat
Tegak berdiri lalu mengangkat tangan seperti takbiratul ihram seraya membaca tasmi’:
Sami’allaahu liman hamidah.
“Mudah-mudahan Allah mendengar pujian orang yang memuji-muji-Nya.”
Turunkan tangan dan tegak berdiri membaca puji (tahmid) dan syukur:
1. Rabbanaa lakal hamdu.
“Wahai Tuhan kami, Engkau sendirilah yang memiliki segala rupa puji.”
[H.R. Ahmad,Al Bukhari, Muslim dari Abu Hurairah dari Nabi s.a.w.]
2. Allaahumma rabbanaa lakal hamdu ka-tsiiran thayyiban mubaarakan fiihi.
“Wahai Tuhan-ku, wahai Tuhan kami, kepunyaan Engkaulah segala puji-pujian yang banyak, yang baik, lagi yang diberikan berkat kepadanya.”
[H.R. Ahmad, Al Bukhari dari Rifa’ah ra. dari Nabi s.a.w.]
3. Allaahumma rabbanaa lakal hamdu, mil-as samaawati wa mil-al ardhi wa mil-a maa syi’ta min syai-in ba’du ahluts tsanaa-i wal majdi, ahaqqu maa qaalal ‘abdu wa kullunaa laka ‘abdun, Allaahumma laa maani’a limaa a’thaita wa laa mu’thiya limaa mana’ta wa laa yanfa’u dzal jaddi minkal jaddu.
“Wahai yuhan-ku!wahai Tuhan kami! Dan bagi Engkaulah segala puji, sepenuh langit, sepenuh bumi dan sepenuh yang Engkau kehendaki sesudah itu.Engkaulah yang mempunyai puji dan kebesaran.Itulah yang paling patut menjadi ucapan hamba, semua kai adalah hamba-Mu.Ya Tuhan-ku, tidak ada yang menghalangi pemberian-Mu dan tidak ada yang dapat memberi apa yang Engkau tahankan dan tidak dapat kesungguhan manfaat kepada orang yang bersungguh-sungguh kerana dari Engkaulah segala keberuntungan dan segala kebahagiaan.”
[H.R. Muslim, Ahmad, Abu Daud dari Said Al Khudri dari Nabi s.a.w.]
4. Allaahumma thahhirnii bits tsalji wal baradi wal maa-il baaridi.alaahumma thahhirnii minadz dzunuubi wal khathaayaa kamaa yunaqqats tsaubul ab-ya-dhu minal wasa-khi.
“Ya Allah, sucikanlah daku dengan air beku, air batu, dan air dingin.Ya Tuhan-ku, sucikanlah daku dari segala dosa dan kesalahan, sebagaimana dibersihkan kain putih dari kotoran.”
[H.R. Ahmad, Muslim dari Abdullah ibn Abi Aura ra. dari Nabi s.a.w.]
5. Lirabbiyal hamdu lirabbiyal hamdu.
“Untuk Tuhan-ku segala puji untuk Tuhan-ku segala macam puji”
[H.R. Abu Daud dari Hudzaifah -baginda mengulangnya sekadar lama rukuk]
Sujud dalam solat
Bertakbir untuk turun sujud dengan meletakkan lutut sebelum tangan. Diantara kedua-dua tangan letakkan dahi ke tempat sujud (jarakkan sedikit). Boleh juga kepala bersetentang dengan bahu atau daun telinga. Dahi,hidung, kedua-dua telapak tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua hujung jari-jari kaki. Muka (dahi dan hidung) dirapatkan ke tempat sujud dan hujung jari tangan dan kaki dihadapkan ke arah kiblat, dan hendaklah kedua-dua siku diangkat, dan hendaklah kedua-dua tangan direnggangkan dari lambung sehingga kelihatan putih ketiak, dan hendaklah perut direnggangkan dari paha dan hendaklah kedua-dua paha direnggangkan dari betis.
Sabda Nabi s.a.w.:
“Aku disuruh bersujud atas tujuh anggota: dahi- dan nabi s.a.w. mengisyaratkan juga hidungnya- dan kedua-dua tangan dan kedua-dua lutut dan kedua-dua telapak kaki.
[H.R. Al Bukhari dan Muslim]
Bacaan dalam sujud
1. Sub-haana rabbiyal a’la
“Aku mengakui kesucian Tuhan-ku, Tuhan Yang Maha Tinggi”
[H.R. Ahmad dan Ashabus Sunan dari Hudzaifah]
Baca sekadar 10 kali atu 3 kali jika dikehendaki oleh keadaan.
2. Subbuuhun qudduusur rabbul malaa-ikatiwaw ruuh.
“Tuhan Yang Maha Suci, Tuhan yang Maha Qudus, Tuhan Yang memelihara malaikat dan ruh”
[H.R. Muslim, Uqbah bin Amir, Abu Daud dan Aisyah]
3. Sub-haana dzil jabaruuti wal kibriyaai wal ‘a-zhamati.
“Maha Suci Tuhan yang mempunyai kekerasan, kekuasaan, kebesaran dan kemuliaan”
[H.R. Abu Daud dari Auf ibn Malik Al Asja’i]
4. Sub-haanakallahumma rabbana wa bihamdika, Allaahummaghfir lii.
“Maha Engkau wahai Tuhan-ku, wahai Tuhan kami dan dengan memuji Engkau, Ya Tuhan-ku, ampunilah segala dosa-dosaku.”
[H.R. Ahmad, Muslim dari Aisyah ra. dari Nabi s.a.w.]
5. Sub-haanakallahumma rabbana wa bihamdika, Laa ilaaha illa anta.
” Maha Suci Engkau wahai Tuhan-ku, wahai Tuhan kami dan dengan memuji Engkau, tidak ada Tuhan yang disembah selain Engkau.”
[H.R. Muslim dari Aisyah dari Nabi s.a.w.]
Nabi s.a.w. bersabda:
” Banyakkanlah doa di dalam sujud, kerana doa di dalam sujud itu sangat lebih layak diperkenankan.”
[H.R. Ahmad,Muslim dari Abu Hurairah]
Doa dalam sujud semasa solat
1. Allaahummaghfir lii dzambii kulluhu diqqahu wa jallahu wa awwalahu wa aa-khirahu wa ‘alaaniyyatahu wa sirrahu.
“Ya Tuhan-ku, ampunilah segala dosa-dosaku,kecilnya, besarnya, awalnya, akhirnya yang tampak dan yang tersembunyi.”
2. Allaahumma laka ajattu wa bika aamantu wa laka aslamtu sajada wajhiya lilla-dzii khalaqahu wa shawwarahu wa syaqqa sam’ahu wa ba-sharahu tabaarakallaahu ahsanul khaaliqiin.
“Ya Tuhan-ku! Kepada Engkau aku sujud, kepada Engkau aku beriman, kepada Engkau aku menyerahkan diriku.Telah bersujud mukaku-diriku-kepada Tuhan yang menjadikannya yang membentuknya, yang membelah pendengarannya dan penglihatannya, Maha Berbahagialah Allah, Tuhan yang paling baik dari segala yang mentaqdirkan(membuat rancangan pekerjaan)”
[H.R. Muslim dan Abu Daud dari Abu Hurairah ra. dari Nabi s.a.w.]
3. Allaahumma innii a’uudzu bi ri-dhaaka min sa-kha-thika wa bi mu’aafaatika min ‘uquubatika wa a’uu-dzu bika minka laa uh-shii tsanaa-an ‘alaika anta kamaa ats-naita ‘alaa nafsika.
“Ya Tuhan-ku bahwasanya aku berlindung dengan keridhaan Engkau dari segala kemarahan Engkau dan dengan kesukaan Engkau memberi maaf dari siksa Engkau dan aku berlindung dengan engkau-dari Engkau. Aku tidak dapat menghinggakan puji dan sanjung untuk Engkau, sebagaimana Engkau telah memuji dan menyanjung diri Engkau.”
[H.R. Ahmad dan Muslim dari ali ra dari Nabi s.a.w.]
4. Allaahummaghfir lii kha-thii-athii wa jahlii wa is-raafii fii amrii wa maa anta a’lamu bihi minnii.
”Ya Allah! Ampunilah aku dari segala kesalahanku, kebodohanku, ketelanjuranku d keterlaluan dalam segala urusan pekerjaanku, segala apa yang Engkau lebih mengetahui daripadaku.”
[H.R. Muslim dan Ashabus Sunan dari Aisyah dari Nabi s.a.w.]
5. Allaahummaghfir lii jiddii wa hazalii wa kha-tha-ii wa ‘amdii wa kullu dzaalika ‘indii.
“Wahai Tuhan-ku, ampunilah aku terhadap segala pekerjaanku(kesalahanku) yang aku kerjakan sungguh-sungguh, dan segala pekerjaanku(kesalahanku) yang aku kerjakan dengan main-main, dan lagi segala kesalahanku yang aku kerjakan kerana khilaf dan dengan sengaja, semua itu ada padaku.”
[H.R. Al Baihaqi dari Abu Musa]
6. Allaahummaghfir lii maa qaddamtu wa maa akhkhartu wa maa as-rartu wa maa a’lantu anta ilaahii laailaaha illaa anta.
”Ya Allah, ampunilah akan daku tentang segala kesalahanku yang aku telah dahulukan, dan yang aku kemudiankan dan yang aku rahsiakan dan yang aku nyatakan (perlihatkan). Engkaulah Tuhan-ku, tidak ada Tuhan selain dari Engkau.”
[H.R. Al Baihaqi dari Abu Musa]
Duduk antara dua sujud dalam solat
Angkat kepala seraya bertakbir tanpa mengangkat tangan. Bentangkan kaki kiri serta duduk di atasnya. Tegakkan telapak kaki kanan dan mengarahkan anak-anak jarinya ke kiblat. Letakkan tangan kanan atas paha kanan dan tangan kiri atas paha kiri, sedang anak-anak jari diletakkan dengan mengadapkan ke kiblat.
Istighfar dalam duduk antara dua sujud
1. Rabbighfir lii war hamnii waj bujnii wah dinii war zuqni
“Tuhan-ku ampunilah aku dan kasihanilah aku dan tutuplah segala keaibanku dan tunjukilah aku-ke jalan yang lurus-dan berilah aku rezeki.”
[H.R. At-Tirmidzi dari Ibnu Abbas ra. dari Nabi s.a.w.]
2. Rabbighfir lii war hamnii waj bujnii war fa’nii war zuqnii wah dinii wa ‘aafinii.
“Tuhan-ku ampunilah aku dan kasihanilah aku dan tutuplah segala keaibanku dan angkatlah akan kedudukanku, cukupkanlah rezekiku d tunjukilah aku ke jalan yang lurus-dan afiatkanlah aku.”
[H.R. Abu Daud dari Ibnu Abbas ra. ]
3. Rabbighfir lii Rabbighfir lii.
“Tuhan-ku! Ampunilah aku! Ampunilah aku!”
[H.R. An-Nasa’i dan Ibnu Majah dari Hudzaifah ra dari Nabi s.a.w.]
Sujud kedua dalam solat
Setelah duduk sempurna, sujud sekali lagi seperti sujud pertama.
Bangkit ke rakaat kedua dalam solat
Setelah sujud sempurna, bangkit seraya bertakbir dan duduk sejenak(istirahat). Kemudian berdiri dengan bertekan pada lutut (kedua-dua paha) dengan tidak mengangkat tangan.
Setelah tegak berdiri, buatlah seperti rakaat pertama dengan membaca al-Fatihah dan surah yang pendek dari rakaat pertama.
Kemudian rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud seperti biasa.
Duduk tasyahud pertama
Selepas sujud kedua duduk seperti duduk antara dua sujud(iftirash). Pandangan mata ditujukan kepada hujung telunjuk (isyarat telunjuk).
Bacaan tasyahud (tahiyat)
1. Attahiyyaatu lillaahi wash shalawaatu wath thayyibaat. Assalamu ‘alainaa wa ‘alaa ‘iba dillaahish shaalihiin. Asyhadu alla ilaaha illallahu wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.
“Segala kehormatan itu kepunyaan Allah, juga segala ibadat dan segala yang baik-baik. Mudah-mudahan Allah melimpahkan kesejahteraan kepada engkau wahai Nabi, demikian pula rahmat Allah dan berkat-Nya. Mudah-mudahan kesejahteraan itu dicurahkan pula atas kami dan hamba-hamba Allah yang soleh-soleh. Aku mengakui bahawa tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku akui bahawa Muhammad itu pesuruh-Nya.”
[H.R. Al Bukhari, Muslim dari Ibnu Mas’ud ra. dari Nabi s.a.w.]
Selawat dalam tasyahud
Alaahumma shalli ‘alaa Muhammadin ‘abdika wa rasuulika, kamaa shallaita ‘alaa Ibrahiim, wa baarik ‘alaa Muhammadin wa ‘alaa aali Muhammad, kamaa baarakta ‘alaa Ibraahiima wa ‘alaa aali Ibraahiim.
“Ya Allah! Sanjungkanlah akan Muhammad, hamba-Mu dan pesuruh-Mu sebagaimana Engkau telah menyanjung Ibrahim. Dan beri berkatlah kepada Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberikan berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim.”
[H.R. Muslim,Ahmad dari Abu Mas’ud Al Badri ra.]
Sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila kamu duduk di tiap-tiap dua rakaat maka bacalah: Attahiyyaatu lillaahi wash shalawaatu wath thayyibaat. Assalamu ‘alaika ayyuhan nabiyyu wa rahmatullaahi wa baarakaatuh. Assalamu ‘alainaa wa ‘alaa ‘iba dillaahish shaalihiin. Asyhadu alla ilaaha illallahu wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh. Kemudian hendaklah ia memilih suatu doa yang paling menarik hatinya, lalu ia berdoa memohon kepada Allah (menyeru Allah) dengan doanya itu.”
[H.R. Ahmad]
Allaahumma innii a’uu-dzu bika rabbi min jahdil balaa-i wa darkisy syaqaa-i wa suu-il qadhaa-i wa syamaa-tatil a’daa-i
“Ya Tuhan-ku!Bahwasanya aku berlindung diri kepada Engkau Tuhan-ku dari tekanan bala yang berat menderita nasib celaka, dari nasib buruk dan dari musuh dapat bersenang hati.”
[H.R. Bukhari dan Muslim dari Abu hurairah ra.]
Bangkit ke rakaat ketiga dan keempat dalam solat
Selesai duduk tasyahud pertama, bangun ke rakaat ketiga sambil bertakbir dan bertekan pada lutut atau paha. Sesudah berdiri tegak angkat tangan hingga bahu atau telinga. Baca Al Fatihah saja. Boleh juga baca surah yang pendek.
Kemudian rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, dan sujud lagi. Jika solat Maghrib, bangun dan duduk tasyahud akhir. Jika rakaat keempat, bangun duduk istirahat (sejenak) dan berdiri tanpa mengangkat tangan dan meletakkan tangan di atas dada. Baca Al Fatihah, kemudian rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, dan sujud lagi.
Duduk tasyahud akhir dalam solat
Duduk ini untuk Subuh (dua rakaat), Maghrib (tiga rakaat) dan untuk solat empat rakaat setelah bangun dari sujud kedua. Duduk dengan meletakkan punggung atas tempat solat dan masukan kaki kiri ke bawah kaki kanan yang ditegakkan anak-anak jari ke kiblat. Letakkan tangan seperti tasyahud pertama. Jari telunjuk digerakkan terus menerus dalam solat atau berisyarat tanpa menggerakkannya. Setelah membaca tahiyat seperti tasyahud pertama, baca selawat.
Berdoa sebelum salam
1. Allaahumma innii a’uu-dzu bika min ‘a-dzaabil qabri wamin ‘a-dzaa bin naari wa min fitnatil mahyaa wal mamaati wa min fitnatil masiihid dajjaal.
“Ya Allah, bahwasanya aku berlindung kepada Engkau dari azab neraka, dari fitnah hidup dan mati dan dari fitnah perosak yang menghabiskan segala kebajikan.”
[H.R. Muslim dari Abu Hurairah ra dari Nabi s.a.w.]
2. Allaahummaghfir lii maa qaddamtu wa maa akhkhartu wa maa asrartu wa maa a’lantu wa maa as-raftu wa maa anta a’lamu bihii minnii antal muqaddimu wa antal muakhkhiru laa ilaa ha illaa anta.
“Ya Allah! Ampunilah aku terhadap apa yang telah aku dahulukan dan apa yang telah aku akhirkan dan apa yang telah aku rahsiakan dan apa yang aku nyatakan dan apa yang aku boroskan dan apa yang Engkau lebih mengetahui daripadaku,Engkaulah yang mendahulukan, Engkaulah yang menemudiankan, tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau”
[H.R. Muslim dari Ali ra. dari Nabi s.a.w.]
3. Allaahumma innii as-aluka minal khairi kullihi maa ‘alimtu minhu wa maa lam a’alam wa a’uu-dzu bika min syarri kullihi maa ‘alimtu minhu wa maa lama’lam. Allaahumma innii as-aluka minal khairi maa sa-alaka bihi ‘ibaadukash shaalihuun. Wa a’uu-dzu bika min syarri masta’aa-dzaka minhu ‘ibaadukash shaalihuun. Rabbanaa aa-tinaa fid dun-ya hasanataw wa qinaa ‘a-dzaaban naar.
“Ya Tuhan-ku, bahwasanya aku memohon kepada Engkau dari semua kebajikan apa yang telah aku ketahui dan apa yang belum aku ketahui. Ya Allah, bahwasanya aku memohon kepada Engkau dari sebaik-baik apa yang telah dimohonkan oleh hamba-hamba-Mu yang soleh-solah, dan aku berlindung kepada Engkau dari kejahatan-kejahatan yang telah diminta perlindungan daripadanya kepada Engkau oleh hamba-hamba Engkau yang soleh-soleh. Wahai Tuhan kami, berilah kepada kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka.”
[H.R. Ibnu Abi Syaibah dan Said ibn Manshur dari Umar ibn Said ra. dari Nabi s.a.w.]
4. Allaahumma innii a’uu-dzu bika minal ma’tsami wal maghrami
“Ya Allah, bahwasanya aku berlindung kepada Engkau dari dosa dan dari yang memberatkan.”
[H.R. Muslim dari kitab Al Adzkar: 170]
5. Allaahumma innii ‘alaa dzik-rika wa syuk-rika wa husni ‘ibaadatika.
“Ya Allah, tolonglah aku untuk menyebut-Mu dan mensyukuri-Mu dan elok peribadatanku kepada-Mu.”
[H.R. Ahmad,Abu Daud dari Mu’adz ibn Jabal ra. dari Nabi s.a.w.]
Rasulullah s.a.w. pernah menyuruh Abu Bakar ra. membaca:
6. Allaahumma innii zhalamtu nafsii zhulman ka-ysiran kabiiran, wa laa yaghfirudz dzunuuba illaa anta faghfir lii maghfiratan ‘indika war hamnii innaka antal ghafuurur rahiim.
“Wahai Tuhan-ku, bahwasanya aku telah menganiaya diriku, aniaya yang banyak lagi besar.Tidak ada yang sanggup mengampunkan dosa melainkan Engkau, maka ampunilah aku dengan ampunan dari sisi-Mu dan rahmatilah(kasihanilah) aku, bahwasanya Engkau-lah Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Doa ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Umar ra. dari Abu Bakar ra. dari Nabi s.a.w.:
7. Allaahumma inni as-alukats tsabaa-ta fil amri. Wal ‘azii-mata ‘alar rusydi . Wa as-aluka syukra ni’mataka, wa husna ‘ibaadatika, wa as-aluka qalban saliiman wa lisaanan shaadiqan wa as-aluka min khairi maa ta’lam. Wa a’uu-dzu bika min syarri maa ta’lam. Wa astaghfiruka mimmaa ta’lam.


“Ya Allah, bahwasanya aku memohon kepada Engkau kemantapan dalam segala urusan dan kekuatan hati atas jalan yang benar.Aku memohon kepada-Mu; mensyukuri nikmat-Mu dan kebagusan ibadat kepada-Mu. Aku memohon kepada-Mu jiwa yang sejahtera dan lidah yang benar dan aku memohon kepada-Mu sebaik-baik apa yang Engkau ketahui, dan aku berlindung dengan Engkau dari segala kejahatan yang Engkau ketahui dan aku memohon kepada-Mu, ampunan bagi segala dosa yang Engkau ketahui.”

Bersalam sesudah solat
Palingkan muka ke kanan dan ke kiri dan menyebut lafal salam:
1. Assalaamu’alaikum wa rahmatullaah.
“Mudah-mudahan Allah mencurahkan kesejahteraan atas diriu demikian pula rahmat-Nya.”
[H.R. Al-Bukhari, Muslim, An-Nasa’i, At-Tirmidzi]
2. Assalaamu’alaikum wa rahmatullaahi wabarakatuh
[H.R. Abu Daud]

Berikut ialah Cara Solat Nabi Muhammad SAW, Moga bermanfaat kepada semua, Untuk copy, pembaca perlu minta kebenaran di forum ataupun jenguk di link disediakan.. Ilmu itu milik Allah SWT.. Dan bagi copy oleh pihak yang tidak diketahui yakni ditakuti mengubah isi kandungan hadis, TIDAK DIBENARKAN sama sekali . 
Sekian, Asalamualaikum w.bt