❤❤♥♥ ADAB MAKAN, MINUM MENURUT SUNNAH RASULULLAH ♥♥❤❤
ISLAM agama yang mencakupi semua aspek kehidupan termasuk perkara membabitkan pemakanan. Tidak dapat dinafikan makanan dan minuman elemen penting dan berharga dalam kehidupan bagi memastikan manusia dapat hidup dengan sejahtera, menjalankan tugasan atau kegiatan hariannya dengan lancar dan memastikan seseorang itu tidak hilang semangat kerana kelaparan.
Terdapat beberapa adab dan etika yang perlu dipatuhi untuk memastikan kesihatan tubuh badan terpelihara. Islam tidak menggalakkan umatnya makan sesuka hati, makan terlalu kenyang dan sebagainya.
Tabiat pemakanan yang boleh diteladani ialah mengikut sunnah Rasulullah SAW. Jika dikaji, amalan pemakanan Baginda SAW amat bertepatan dengan ayat al-Quran yang bermaksud: “... makan dan minumlah, janganlah berlebih-lebihan...” (Surah al-A'raf, ayat 31).
Ada beberapa panduan yang diajarkan Baginda SAW kepada umat Islam antaranya adalah seperti berikut: Rasulullah SAW menyuruh umatnya agar membaca Bismillah ketika hendak makan dan akhirinya dengan membaca Alhamdulillah. Hikmah membaca Bismillah dan Alhamdulillah bagi seorang Muslim adalah peringatan bahawa makanan yang hendak dimakan adalah nikmat, rezeki dan anugerah daripada Allah SWT.
Rasulullah SAW hanya makan ketika benar-benar lapar dan berhenti sebelum perut berasa kenyang. Rasulullah SAW mengajar cara untuk makan dan minum iaitu sepertiga isi perut untuk makanan, sepertiga lain untuk minuman dan sepertiga akhir adalah untuk udara (nafas). Mengambil makanan dalam kuantiti banyak adalah amalan buruk kerana ia memberatkan organ dan sistem pencernaan sehingga menjadi lemah dan tidak mampu mencerna secara teratur.
Cara Rasulullah SAW duduk ketika makan adalah seperti duduk tahiyat awal tetapi lutut kanan dinaikkan. Posisi ini bukan saja dapat memberi keselesaan pada perut, malah dapat menjaga keseimbangan ruang dalam perut agar terbahagi kepada tiga bahagian.
1/3 ruang untuk makanan, 1/3 bahagian untuk udara dan 1/3 lagi untuk air. Di samping itu, Nabi SAW tidak pernah makan dalam keadaan bersandar, seperti hadis yang diriwayatkan daripada Abu Juhaifah, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya aku tidak akan makan dalam keadaan bersandar.”
Antara sunnah Rasulullah SAW adalah makan menggunakan tangan kanan. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Jika salah seorang antara kalian hendak makan, maka hendaknya makan dengan menggunakan tangan kanan dan apabila hendak minum maka hendaknya minum juga dengan tangan kanan.
Sesungguhnya syaitan itu makan dengan tangan kiri dan juga minum dengan menggunakan tangan kirinya.” (Hadis riwayat Muslim). Baginda SAW memakan makanan dengan tiga jari dan selepas selesai makan, Baginda SAW menjilat ketiga jari tersebut sebelum membersihkannya.
Hikmahnya, kandungan enzim yang ada pada tangan atau jari kita tadi akan lebih cepat bercampur dengan makanan dan seterusnya memudahkan proses pencernaan.
Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seorang daripada kamu sudah selesai makan, jangan dibersihkan jarinya sebelum dia menjilatnya”. (hadis riwayat Muslim)
Perbuatan membasuh tangan dan berkumur sebelum dan selepas makan adalah amalan sunnah yang juga bertujuan untuk membersihkan gigi daripada sisa makanan dan bakteria. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Berkumur kalian selepas minum susu kerana di dalamnya mengandung lemak”. (hadis riwayat Ibnu Majah).
Di samping itu, Rasulullah SAW gemar makan dalam dulang bersama-sama dengan sahabat Baginda. Ini secara langsung akan menciptakan kemesraan dan meningkatkan rasa sayang terhadap sesama kita. Malah, amalan makan satu dulang ini juga akan dapat mengelakkan pembaziran.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Berkumpullah kalian dalam menyantap makanan (bersama-sama), kerana dalam makan bersama itu akan memberikan barakah kepada kalian” (Hadis riwayat Abu Daud)
Imam Abu Hamid al-Ghazali menyatakan antara etika makan ialah membicarakan hal yang baik dan menceritakan kisah orang yang salih ketika makan. Menurut al-Hafidz dan Sheikhul Islam Ibn al-Qayyim ra, menyatakan Nabi SAW bercakap dan berbual ketika makan.
Dalam kitabnya al-Zaad, “Ada kalanya Nabi SAW bertanya apakah menu pada hari ini dan memuji menu itu.” (Hadis riwayat Muslim). “Dan ada kala Nabi SAW mengajar adab dan susila makan kepada kaum keluarganya, ada ketika Nabi SAW sentiasa menggalakkan tetamu beliau supaya menambah lauk pauk dan minuman.” (Hadis riwayat al-Bukhari).
Ketika makan jangan terlalu banyak bercakap (melampau batas) atau bercakap dengan makanan penuh dalam mulut. Jangan juga bercakap mengenai hal yang boleh menimbulkan rasa jijik atau loya.
Rasulullah SAW juga ada memberi panduan mengenai cara minum antaranya jangan minum berdiri, jangan meniup air yang panas, jangan minum daripada bekas air yang besar, jangan bernafas ketika sedang minum dan minum seteguk diselang seli dengan bernafas.
Apabila kita minum daripada bekas yang besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.
Apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu Karbon Dioksida yang apabila bercampur dengan air (H20) dan akan menjadi H2CO3 iaitu sama dengan cuka yang menyebabkan minuman itu menjadi asid.
Justeru, amalan pemakanan yang dipamerkan Rasulullah SAW seharusnya diikuti dan dicontohi oleh semua peringkat umur demi kesihatan yang mantap dan kelangsungan hidup yang bermutu.
Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan orang yang memahami dan memanfaati nikmat kesihatan yang tidak ternilai ini.
►Medan Musik
Tarikh Islam
Followers
Button
!doctype>
Blogger news
Blogger templates
Peta
Visitor and User
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Suatu hari Rasulullah SAW menangis. Para sahabat bertanya: "Apa yg membuatmu menangis ya Rasulullah?" Rasul menjawab: "Aku r...
-
▁▂▃▄▅▆▇▉BUNYI GEMPA SAMPAI KE ANGKASA ▆▅▄▃▂▁ Paris: Bunyi gempa bumi besar disusuli tsunami di Jepun dua tahun lalu begitu kuat hingga dikes...
-
MAL : Lu mengaku lu SULTAN SULU,lu punya muka letak mana maa??Sekarang tak kira lu Abang Long ka, lu Ayahanda ka, ini SABAH gua pegang.. ...
-
Kisah hidup Rasulullah SAW yang menunjukkan betapa tingginya sifat kasih sayang baginda. 1. Pernah seorang Arab Badwi menarik dengan begi...
-
Mengembara beribu-ribu batu untuk menuntut ilmu, mempelajari, dan mengumpul hadis-hadis Rasulullah SAW bukanlah satu kerja y...
-
♛ AKHLAK MULIA NABI MUHAMMAD SAW TERHADAP YAHUDI ♚ Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahma...
-
❤❤♥♥ ADAB MAKAN, MINUM MENURUT SUNNAH RASULULLAH ♥♥❤❤ ISLAM agama yang mencakupi semua aspek kehidupan termasuk perkara membabitkan pemakan...
-
♛♛ Rasulullah Menangis di padang Mahsyar ♛♛ ♫ Sayangnya Nabi Kepada Kita シ Daripada Abbas r.a, Rasulullah bersabda: ‶ Orang yang pertama d...
-
Asalamualaikum.. Anas bin Malik r.a. atau Abu Nadhr Anas bin Malik al Anshari al Bukhari al Khazraji adalah sahabat yang paling ak...
-
Pesanan Rasulullah s.a.w untuk kaum lelaki : “Jangan engkau kahwini wanita yang ada 6 sifat ini. Yang Ananah, yang Mananah, yang Hananah, ...
Blog Archive
-
▼
2013
(26)
-
▼
March
(24)
- Isteri-Isteri Nabi Muhammad SAW
- TINGGINYA SIFAT KASIH SAYANG RASULULLAH SAW
- Terjemahan Hadis dari Shahih Bukhari
- Pesanan Rasulullah s.a.w untuk kaum lelaki
- Cara Solat Nabi Muhammad SAW
- Air Mata Rasulullah SAW
- Ketelitian Luar Biasa Imam Bukhari
- KENALI BRIGED ELIT AL-QASSAM
- Bentuk Fizikal Nabi Muhammad SAW
- Akhlak Mulia Nabi Muhammad SAW terhadap YahudiI
- Rasulullah Menangis Di Padang Mahsyar
- Akibat-Akibat Dari Berbuat Maksiat atau segala hal...
- 50 Fakta menarik tentang dunia
- 8 Tips untuk mengelakkan iblis / syaitan daripada ...
- Pelindung dari Yakjuj dan Makjuj
- MISTERI DISEBALIK AZAN
- Sulu And Malaysia
- Sampaikanlah Walaupun sepotong ayat
- 5 MAKANAN CEGAH PENYAKIT LELAKI
- ADAB MAKAN, MINUM MENURUT SUNNAH RASULULLAH
- BUNYI GEMPA SAMPAI KE ANGKASA
- Kisah Rasulullah S.A.W sebagai Seorang Rasul dan S...
- 10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna
- PERANGAI LELAKI YANG WANITA TIDAK SUKAI

Radio button
Click this Like this page
!doctype>
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment