♛♛ Rasulullah Menangis di padang Mahsyar ♛♛
♫ Sayangnya Nabi Kepada Kita シ
Daripada Abbas r.a, Rasulullah bersabda:
‶ Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat
ialah MUHAMMAD S.A.W ″
Jibril a.s akan datang kepadanya membawa seekor Buraq.
Israfil datang membawa bendera dan mahkota.
Izrail datang membawa pakaian-pakaian syurga.
Israfil bersuara: ❝ Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik.❞
Maka, kubur terbelah dia. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar.
Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda.
Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan.
Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.
Baginda SAW bersabda: ❝ Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!❞
Jibril a.s berkata: ❝ Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?❞
Baginda SAW bersabda: ❝ Bukan seperti itu pertanyaanku.❞
Jibril as berkata: ❝Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?❞
Baginda SAW bersabda: ❝ Bukan itu maksud pertanyaanku.❞
Baginda SAW bersabda: ❝ Aku bertanya kepadamu akan UMATKU. Dimanakah perjanjian mereka?❞
Baginda SAW bersabda: ❝ Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.❞
Jibril as menyeru: ❝ Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala.❞
Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan.
Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: ❝ Dimana umatku?❞
Jibril as berkata: ❝ Wahai Muhammad!Umatmu adalah umat yang terakhir.❞
Apabila Nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: ❝ Tempatmu!❞ Maka Nabi Isa as dan Jibril as menangis.
Nabi Muhammad SAW berkata: ❝ Mengapa kamu berdua menangis.❞
Jibril as berkata: ❝ Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad ?❞
Nabi Muhammad bertanya: ❝ Dimana umatku?❞
Jibril as berkata: ❝ Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.❞
Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya: ❝ Wahai Jibril! bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?❞
Jibril as berkata: ❝ Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!❞
Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru : ❝ Wahai Muhammad!❞
Nabi Muhammad SAW bersabda: ❝ Wahai umatku.❞
Mereka berkumpul disisinya. Umat-umatnya menangis.
Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: ❝Di mana umat Muhammad SAW ?❞
Jibril as berkata: ❝ Mereka adalah sebaik umat.❞
Allah Taala berfirman: ❝ Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.❞
Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: ❝ Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala.❞
Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: ❝ Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.❞
Allah Taala berfirman: ❝ Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu.❞
Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammas SAW menyeru: ❝ Tuhanku. Penguasaku Penghuluku...! Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk imatku dariMu!❞
Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru: ❝ Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya ?❞
Neraka pula berseru: ❝ Wahai Tuhanku.. Penguasaku dan Penghuluku! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya ! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan.❞
Nabi Muhammad SAW lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali, Baginda SAW sujud di hadapan Arsy Allah S.W.T dan sekali lagi, Baginda SAW ruku untuk memberi syafaat bagi umatnya. Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya.
Mereka berkata: ❝ Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu mengambil berat hal keadaan umatnya.❞
Fatimah r.a bertanya: ❝ Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku? ❞
Baginda SAW menjawab: ❝ Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku.❞
Tatkala umat Nabi Muhammad sedang mencari mimbar Nabi Muhammad untuk mendapatkan syafaat pada hari kiamat Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra sedang duduk.
Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad SAW dia berkata: ❝ Ini umat Nabi Muhammad SAW. Mereka telah sesat dari Nabi mereka.❞
Suara Mariam, telah didengari oleh Nabi Muhammad SAW..
Nabi Adam a.s berkata kepada Nabi Muhammad SAW.
❝ Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala.❞
Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: ❝ Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu!❞
Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul di sisinya. Ketika di atas Sirat, Nabi Muhammad SAW bersabda kepada Malaikat Malik: ❝ Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu.❞
Nabi Muhammad SAW berhenti di atas Sirat. Setiap kali, Baginda SAW melihat seorang dari umatnya bergayut di atas sirat, Baginda SAW akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali.
Nabi Muhammad SAW berkata: ❝ Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka!
►►► Sayangnya Nabi Kepada Kita.. ◄◄◄
Marilah sama-sama kita berselawat ke atas Nabi Junjungan kita =)
►Medan Musik
Tarikh Islam
Followers
Button
!doctype>
Blogger news
Blogger templates
Peta
Visitor and User
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Suatu hari Rasulullah SAW menangis. Para sahabat bertanya: "Apa yg membuatmu menangis ya Rasulullah?" Rasul menjawab: "Aku r...
-
▁▂▃▄▅▆▇▉BUNYI GEMPA SAMPAI KE ANGKASA ▆▅▄▃▂▁ Paris: Bunyi gempa bumi besar disusuli tsunami di Jepun dua tahun lalu begitu kuat hingga dikes...
-
MAL : Lu mengaku lu SULTAN SULU,lu punya muka letak mana maa??Sekarang tak kira lu Abang Long ka, lu Ayahanda ka, ini SABAH gua pegang.. ...
-
Kisah hidup Rasulullah SAW yang menunjukkan betapa tingginya sifat kasih sayang baginda. 1. Pernah seorang Arab Badwi menarik dengan begi...
-
Mengembara beribu-ribu batu untuk menuntut ilmu, mempelajari, dan mengumpul hadis-hadis Rasulullah SAW bukanlah satu kerja y...
-
♛ AKHLAK MULIA NABI MUHAMMAD SAW TERHADAP YAHUDI ♚ Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahma...
-
❤❤♥♥ ADAB MAKAN, MINUM MENURUT SUNNAH RASULULLAH ♥♥❤❤ ISLAM agama yang mencakupi semua aspek kehidupan termasuk perkara membabitkan pemakan...
-
♛♛ Rasulullah Menangis di padang Mahsyar ♛♛ ♫ Sayangnya Nabi Kepada Kita シ Daripada Abbas r.a, Rasulullah bersabda: ‶ Orang yang pertama d...
-
Asalamualaikum.. Anas bin Malik r.a. atau Abu Nadhr Anas bin Malik al Anshari al Bukhari al Khazraji adalah sahabat yang paling ak...
-
Pesanan Rasulullah s.a.w untuk kaum lelaki : “Jangan engkau kahwini wanita yang ada 6 sifat ini. Yang Ananah, yang Mananah, yang Hananah, ...
Blog Archive
-
▼
2013
(26)
-
▼
March
(24)
- Isteri-Isteri Nabi Muhammad SAW
- TINGGINYA SIFAT KASIH SAYANG RASULULLAH SAW
- Terjemahan Hadis dari Shahih Bukhari
- Pesanan Rasulullah s.a.w untuk kaum lelaki
- Cara Solat Nabi Muhammad SAW
- Air Mata Rasulullah SAW
- Ketelitian Luar Biasa Imam Bukhari
- KENALI BRIGED ELIT AL-QASSAM
- Bentuk Fizikal Nabi Muhammad SAW
- Akhlak Mulia Nabi Muhammad SAW terhadap YahudiI
- Rasulullah Menangis Di Padang Mahsyar
- Akibat-Akibat Dari Berbuat Maksiat atau segala hal...
- 50 Fakta menarik tentang dunia
- 8 Tips untuk mengelakkan iblis / syaitan daripada ...
- Pelindung dari Yakjuj dan Makjuj
- MISTERI DISEBALIK AZAN
- Sulu And Malaysia
- Sampaikanlah Walaupun sepotong ayat
- 5 MAKANAN CEGAH PENYAKIT LELAKI
- ADAB MAKAN, MINUM MENURUT SUNNAH RASULULLAH
- BUNYI GEMPA SAMPAI KE ANGKASA
- Kisah Rasulullah S.A.W sebagai Seorang Rasul dan S...
- 10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna
- PERANGAI LELAKI YANG WANITA TIDAK SUKAI

Radio button
Click this Like this page
!doctype>
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment